dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Semarak Kemerdekaan

18 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2024 (Ahad) - Satu Program Semarak Kemerdekaan telah berlangsung yang diadakan bertempat di Dewan Komuniti Presint 18R13, Presint 18 Putrajaya. Program ini diadakan bersempena bulan kemerdekaan dan terdapat pelbagai booth jualan seperti jualan produk usahawan,booth pameran dan aktiviti – aktiviti seperti permainan tradisonal, pertandingan memasak dan pertandingan baju kemerdekaan kanak-kanak telah diadakan khusus untuk para pengunjung yang hadir

NADI Putrajaya yang terdiri daripada wakil NADI Presint 9 Fasa 3, NADI Presint 9 Fasa 10, NADI Presint 16 dan NADI Presint 18 telah bersama-sama membuka booth pameran yang menyediakan edaran pamplet NADI, kaunter penyerahan barangan KITAR, dan hebahan maklumat mengenai Check Your Label. Pengunjung yang hadir juga berpeluang menyertai aktiviti kuiz Klik Dengan Bijak (KDB) yang disediakan oleh NADI

Tujuan penyertaan Booth NADI Putrajaya untuk memperkenalkan dan mempromosi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti mengenai fungsi dan peranan NADI. Selain daripada itu sebagai salah satu medium hebahan maklumat mengenai program KITAR, Check Your Label dan program Keusahawanan yang dijalankan oleh NADI

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.